Tuesday, August 12, 2014

A sad day

Balik lambat semalam, kerja banyak, jalan pulak sesak.

Sampai-sampai rumah, amir tidur dah. Abah cakap dia lapar tadi. Abah cepat-cepat amik dari rumah atok, sebab hari nak hujan. Roti kat rumah pulak takde, mama bawak pergi kerja. Sudahnya dia makan bubur Adwa. Lepas tu tido.

Pagi ni bangun dia tanya, kenapa mama balik lambat semalam.

Aduhai, sedihnya, kesian anak mama.

Tuesday, May 27, 2014

Amir Sukan

Sukan-eka amir cakap. Bila tiba hari kejadian, dia menangis takmau masuk dalam khemah. Abah bengang bawak dia balik rumah. Mama hantar dia bawak arif sekali. Sampai je dekat padang, cikgu ambik dia dan siap-siap nak berarak,
 
 
 
Dah siap berarak, nyanyi lagu negaraku, ikrar, ada student baca alfatihah, ustaz baca doa, cikgu lin berucap skit, masuk balik dalam khemah. Aih dia sambung nangissss


Masa ni dah nak mula. Dia dok last skali sebab cikgu cakap dia paling laju lari. budak ni kalau lepas nangis, nervous ke mesti jari dalam mulu.
 
Aih boleh pulak budak ni. Ngada terlebey huhu 
 
 
Dapatlah tempat ketiga hahah
 
Lepas tu ada dua acara lagi, second acara isi air dalam bekas dapat tempat ketiga. third acara lumba lari, amir dapat tempat last. Kihkihkih. Kejap je, sampai pukul 10.30, cikgu buat lelaju, sebab kesian budak-budak kepanasan.
 
Masa on the way balik rumah, Tanya dia kenapa dia nangis.
 
Amir: Amir nak mama hantar, amir taknak abah hantar, abah garang macam gergasi
Arif: Cam gasi garrrrr (sambil tangan macam nak mencakor)
 

Tuesday, May 20, 2014

Legoland in dream

Amir : mama, amir ada 7 ringgit, cukup tak kalau nak pergi legoland?

Mama : mana cukup,kena ada 1000 ringgit baru boleh pergi.

Amir : amir takde duit, guna duit mamalah. Mama banyak duit.

Mama : mama memang banyak duit, tapi kat dalam bank.

Huhuhu. Pengaruh icah la ni.nak pergi legoland.

Arif

Wa ngan. Ti mir rah.
Maksudnya. Adwa jangan, nanti amir marah.

Monday, May 19, 2014

Balik kampung

Balik muar last weekend. Sebab hati rasa nak sangat jumpa atok. Atok tak sihat sangat. Umor dah 83, paham paham ajelah. Suka atok tgk anak cucu cicit balik. Sampai semput2 bercakap
Asik nak bercerita.

Hiba rasa.

Wednesday, May 14, 2014

Selera

Mama : Amir, pergilah tidur dekat tempat amir.
Amir : Amir tak selera la nak tidur dekat situ
Abah : Tak selesa, bukan tak selera

Thursday, March 27, 2014

Arif

Mama : arif tolong amik pampers adik adwa 1
Arif : mir mik pers wa tu

Orang suruh dia, dia suruh amir. Pelat bebenor anak mama yang ni.sebut hurup hujung2. Lambat skit bercakap berbanding abangnya. Tapi sekurang kurangnya ada perubahan. Dah boleh tutur ayat.

Suka menyanyi, makan, gaduh dengan abang, geram dengan adik.

Sayang arif

Saturday, March 15, 2014

Soalan

Budak ni tanya...
Kenapa gamba masa mama kawin mama kurus?
Hoihhh.soalan apakah ini.

Wednesday, March 12, 2014

Day

Mama : hari ni kat sekolah belajar ape?
Amir    : belajar tulis n..day
Mama : blaja ape?
Amir    : tulis n..day ( dh start nak jerit)
Mama : sumpah mama x paham amir cakap apa
Amir    : n..day. Camni ...w..s..e..( sambil tulis kat dinding guna jari)
Mama : hahaha.wednesday laa.

Friday, March 7, 2014

Susah hati

Mak cakap budak berdua ni merengek hari ni. Cepatlah pukul 5

Tuesday, February 25, 2014

Lemauu-jemm

Perjalanan 9km pn ambil.masa dekat 30min. Haih.hari-hari macam ni

Monday, February 24, 2014

Cara nak suruh amir makan sayur

Mama : Amir makan sayur ni.
Amir : Taknak
Mama : kang tak makan sayur, mata cepat rabun macam mama, kena pakai spek. Kalau nak jadi polis tak boleh pakai spek. Baik amir makan sayur.
Amir : Ok, amir nak makan sayur dengan ayam dengan nasi

kuikuikuikuikuikui

Thursday, February 13, 2014

Minggu busy

Kerja memang busy. Meeting je sebab big boss datang KL. Lelagi ada banyak benda nak catch up sesudah cuti panjang. Otak pon blur dengan ingatan yang tak berapa tajam.

Kalau kat rumah, dah jarang pegang handphone apetah lagi nak tengok tv.

Balik macam-macam kerja nak buat, masak,strelize botol, basuh baju, lipat, sapu sapu sikit, layan anak2. Haih. Endless punya list.

Esok amik cuti pon ada benda nak settle.

Harap semua dah ok selepas minggu depan.

Thursday, February 6, 2014

Cerita mengandungkan dan melahirkan Adwa Nabihah

Amaran : Entri sangat panjang. Penulisan ini untuk aku baca dikemudian hari. Catatan semasa ingatan masih okay. LOL

Awal Kandungan dan pengalaman

Lain pengalaman mengandungkan yang nombor tiga ni. Since dah tak plan nak mengandung, jadik tak berkesempatan nak jaga makan untuk dapatkan girl. Tapi Alhamdulillah, Allah kurniakan jugak aku dan suami anak perempuan. Anak perempuan mabuknya lain, yang ni aku mabuk malam, loya dan berangin memanjang time malam. Sapu minyak cap kapak, husband gosok belakang baru lega. Asam memang ada dalam peti ais dan handbag buat pengurang loya. Tak macam masa mengandungkan abang-abang, mabuk so-so je. Cumanya mengandungkan ketiga-tiga ni anak takdelah muntah beriya. Tak boleh makan mende pedas, macam kelakar je. Tomyam dan masakan cili api memang tak makan masa awal-awal mengandungkan nabihah, lagi buat perut berangin, akan membawa kepada loya.

Masa 6 bulan (bulan puasa) aku kena kencing manis, kantoi sebab dalam urine ada gula. Start lepas raya terus appointment checkup dengan BSP dua minggu sekali.

Pastu mengandungkan nabihah, bila dah hujung kandungan, kena pulak gas perut naik kat tekak tu (sorry tak tahu nama) makanlah ape pon memang memalam merasalah penangannya. Makan awal pon tak jalan. Mungkin sebab baby dah himpit perut, bila dalam keadaan baring, duduk time malam naik la gas tu.

Hujung kandungan jugak menyaksikan (pergh ayat) aku tidur duduk. Takdelah duduk, cam separa baring gitulah. Bantal 3-4 lapis. Berbeza dengan abang2 nya, aku senang tidur, terlentang takde masalah pon.

BP aku okay je sepanjang mengandungkan nabihah, kalau abang-abang dia dulu hujung2 mengandung BP tinggi.

Kelahiran...

due date melahirkan jatuh pada 19/11/2013. bos Tanya aku, nak start cuti bersalin bila. Aku pon bajet baby keluar awal, kata dah no 3 kan so aku kata kat bos nak cuti seminggu awal 11/11/2013(start week 39). tunggu punya tunggu baby tak keluar awal pon. Sakit-sakit kerap dah. Braxton hicks selalu. Ada 2-3 malam tak tidur lelap sebab sakit. Ada jugak lepas subuh start sakit, sampai ke tengah hari, siap beritahu orang kat opis dah start sakit-sakit, tak masuk opis, tapi lepas zohor je terus hilang sakit.

Dah sakit memain, aku decided pergi kerja. Masa drive, tawakal je. jangan sakit/terberanak tengah jalan sudahlah.

Masa dah hujung 39weeks tu dah cakap dengan bos nak start cuti 18, nak serah diri dekat spital.

18/11/2013

sebenarnya dr dah pesan kalau sehari sebelum genap 40weeks kalau tak bersalin jugak, sila serah diri ke hospital, tapi aku pergi jugak checkup. Sebab aku kencing manis, kena ler paksa bersalin masa dah genap week 40. dr buat surat refer ke spital. Aku dan suami balik, mandi, makan, solat dan call mak cakap nak terus pergi hospital, tak pergi jumpa anak-anak pon, Kang melalak nak ikut. Kami pergi hospital lepas maghrib.

Masuk hospital, cek bukaan baru 2 cm. Dr suruh admit jugak, sebab pepagi esok (19/11/2013) nak induce. salam husband, halau balik la. Bukan boleh escort masuk wad pon, kata spital gomen. Lagi pon kesian anak-anak lama tinggal kat rumah mak.

19/11/2013

2.00 am Aku dah start sakit-sakit. Nurse yang tengah round ward tengok aku terjaga sakit. Dia bagitau Dr, Dr buat VE dah bukak 4cm. Mohlah kita ke labour room kata dr. (dr tak cakap camtu pon, dia cakap camni " ok puan, lepas ni kena pergi labour room, jangan lupa bawak pampers anak, kain lampn, baju dan selimut baby) Aku sempat la sms husband cakap nak masuk labour room dah, doakan aku dan baby. Malas nak call takmo dia risau.

2.30 am dr pecah air ketuban. bukaan dah 5 cm. Sakit masih boleh tahan. bila dah 6 cm, nurse bagi seiap-siap dah gas suruh hisap. Sila tekan punat ni kalau nak sedut gas.

Bila dah start 8cm adohai, tuhan je tahu. Sambil mulut berzikir dan sedut gas, dalam hati ya allah ampunkan dosa aku, jangan ambil nyawa aku lagi, kesian dekat anak2 huhuhu. Masa ni serius la, sakit dia macam masa nak bersalinkan amir yusof dulu. Hisap gas pon tak kurangkan rasa sakit, buat mamai ada lah.

Sekali dah tak tahan sangat, aku teran,(masa ni serius mamai sebab asik sedut gas time sakit) keluar kepala baby, boleh dengar suara nurse suruh aku teran, sebab aku terstop teran. Teran kali kedua keluarlah nabihah jam 4.40 pagi. Masa ni terus Tanya nurse, saya dapat anak ape, kiki, nurse kata sekejap yer mak

Nabihah keluar je nurse bersihkan dan terus letak nabihah atas dada aku, (skin to skin). Nah ni awak dapat anak ape, aku cakap anak perempuan ya allah bersyukur sangat (sebab baru lepas sakit kan, insaf kemain)

Kena jahit jugak, tapi tak banyak pon, nurse kata jahit kulit luar je.

Lepas jahit rehat ler kita. Nurse ambik baby ke luar. Aku rasa lemah betul lepas bersalinkan nabihah, tak macam abang-abang dia dulu. Serius kepenatan. Nurse pon takde hulur air ke milo ke. aku baring je. Dah subuh dalam 6 lebih tu dengar suara budak nangis, kuat. Lepas tu nurse datang bawak nabihah, suruh aku susukan. Pandai pulak nabihah menyusu, latch pon ok. Alhamdulillah.

Pukul 7 lebih baru masuk wad balik. Sambung rehat , serius macam flat habis badan. letih. 20/11/2013 dah boleh discaj.

Tu la kisah bersalinkan nabihah. Nabihah pulak kena admitted hospital balik masa hari ke 3 sebab jaundice. Merasalah aku masuk hospital balik dua malam. Stress rupanya. Bukan aku je nangis, mak-mak yang lain pon nangis. Nangis sebab anak kuning, sakit sebab lahir lahir je ada masalah pernafasan, ada yang nangis sebab breast bengkak. Macam-macam lah. Baby memang lah asyik nangis. Tak boleh rehat juga duduk kat situ.

Apapapon Alhamdulillah semuanya sehat dan selamat.

Wednesday, February 5, 2014

1st day kerja after maternity leave

Tertinggal charger pam.
Kerinduan dekat anak-anak. Untung abah bebudak ni kerja dekat. Lunch dapat pergi tengok anak.

Saturday, February 1, 2014

Balik kampung CNY 2

Nasi dagang ... Checked
Sata               ... Checked
Otak otak      ... Checked
Kepok lekor  ... Checked
Nasi goreng memon ... Not yet
Pasar payang            ... Not yet
Mccafe                        ... Not yey
List nak makan dan pergi every time balik kampung. Except yang last sekali tu, baru bukak depan unisza, kat kl pon aku belom pernah pegi lagi.
Kepok lekor sini penuh ikan, sedap. Dah sejuk pon lembut je nak makan. Ada yang in law beli ni nampak lagi isi ikan tak hancur, penuh tulang pulak tu. Kami nak beli byk2 pon tak boleh.kereta penuh, peti ais pon dah penuh dengan ebm. Tu yang makan puas2 dekat sini.

Balik kampung CNY

Aku kat kampung husband. Sejuk.

Air macam air batu waktu malam dengan subuh.

Tengah hari panas ya hamat. Tapi angin yang bertiup sejuk.

Memalam jenuh aku check anak2 make sure berselimut.

Malaysia ada winter oi.

Friday, January 31, 2014

5 tahun dah

Hari ni genap 5 tahun menikah.

Pejam celik dah 5 tahun.

Gambar kenangan. Dedua kurus sebab si suami kerja kuat kumpul duit nak kawin. Yang aku kurus sebab baru pakai braces. Kikiki

Saturday, January 25, 2014

Amir dan sekolah

So amir dah masuk sekolah. 5 yr sekolah petang. Of course menangis.Yang kelakor kat sekolah dia tu aku tengok budak2 laki je menangis, budak perempuan releks je.

Dah nak dekat sebulan sekolah ni masih menangis bila nak pergi sekolah. Macam-macam alasan diberi. Aku sampai tahap heret dia masuk bilik air, mandikan, suapkan makan. Abah dia balik lunch hantar dia pergi sekolah, sebelah tangan pegang handle motor, sebelah lagi dokong amir. Tapi sampai sekolah nangis kejap je.

Sabor je la.

Tu gambar abah tengah pujuk dia nak pergi sekolah.

Friday, January 24, 2014

Habis sudah cuti bersalin

Sepatutnya kena start kerja minggu depan ni 27 january.

Apply lagi cuti. So start kerja 5 febuary.

Erghhhhh.lemau lemauuu


Gambar nabihah dah 2 bulan 6 hari

dari tblog ke blogspot

Sebab baizah lah aku buat blogspot ni hahah.

Harap rajin untuk menulis.