Thursday, February 6, 2014

Cerita mengandungkan dan melahirkan Adwa Nabihah

Amaran : Entri sangat panjang. Penulisan ini untuk aku baca dikemudian hari. Catatan semasa ingatan masih okay. LOL

Awal Kandungan dan pengalaman

Lain pengalaman mengandungkan yang nombor tiga ni. Since dah tak plan nak mengandung, jadik tak berkesempatan nak jaga makan untuk dapatkan girl. Tapi Alhamdulillah, Allah kurniakan jugak aku dan suami anak perempuan. Anak perempuan mabuknya lain, yang ni aku mabuk malam, loya dan berangin memanjang time malam. Sapu minyak cap kapak, husband gosok belakang baru lega. Asam memang ada dalam peti ais dan handbag buat pengurang loya. Tak macam masa mengandungkan abang-abang, mabuk so-so je. Cumanya mengandungkan ketiga-tiga ni anak takdelah muntah beriya. Tak boleh makan mende pedas, macam kelakar je. Tomyam dan masakan cili api memang tak makan masa awal-awal mengandungkan nabihah, lagi buat perut berangin, akan membawa kepada loya.

Masa 6 bulan (bulan puasa) aku kena kencing manis, kantoi sebab dalam urine ada gula. Start lepas raya terus appointment checkup dengan BSP dua minggu sekali.

Pastu mengandungkan nabihah, bila dah hujung kandungan, kena pulak gas perut naik kat tekak tu (sorry tak tahu nama) makanlah ape pon memang memalam merasalah penangannya. Makan awal pon tak jalan. Mungkin sebab baby dah himpit perut, bila dalam keadaan baring, duduk time malam naik la gas tu.

Hujung kandungan jugak menyaksikan (pergh ayat) aku tidur duduk. Takdelah duduk, cam separa baring gitulah. Bantal 3-4 lapis. Berbeza dengan abang2 nya, aku senang tidur, terlentang takde masalah pon.

BP aku okay je sepanjang mengandungkan nabihah, kalau abang-abang dia dulu hujung2 mengandung BP tinggi.

Kelahiran...

due date melahirkan jatuh pada 19/11/2013. bos Tanya aku, nak start cuti bersalin bila. Aku pon bajet baby keluar awal, kata dah no 3 kan so aku kata kat bos nak cuti seminggu awal 11/11/2013(start week 39). tunggu punya tunggu baby tak keluar awal pon. Sakit-sakit kerap dah. Braxton hicks selalu. Ada 2-3 malam tak tidur lelap sebab sakit. Ada jugak lepas subuh start sakit, sampai ke tengah hari, siap beritahu orang kat opis dah start sakit-sakit, tak masuk opis, tapi lepas zohor je terus hilang sakit.

Dah sakit memain, aku decided pergi kerja. Masa drive, tawakal je. jangan sakit/terberanak tengah jalan sudahlah.

Masa dah hujung 39weeks tu dah cakap dengan bos nak start cuti 18, nak serah diri dekat spital.

18/11/2013

sebenarnya dr dah pesan kalau sehari sebelum genap 40weeks kalau tak bersalin jugak, sila serah diri ke hospital, tapi aku pergi jugak checkup. Sebab aku kencing manis, kena ler paksa bersalin masa dah genap week 40. dr buat surat refer ke spital. Aku dan suami balik, mandi, makan, solat dan call mak cakap nak terus pergi hospital, tak pergi jumpa anak-anak pon, Kang melalak nak ikut. Kami pergi hospital lepas maghrib.

Masuk hospital, cek bukaan baru 2 cm. Dr suruh admit jugak, sebab pepagi esok (19/11/2013) nak induce. salam husband, halau balik la. Bukan boleh escort masuk wad pon, kata spital gomen. Lagi pon kesian anak-anak lama tinggal kat rumah mak.

19/11/2013

2.00 am Aku dah start sakit-sakit. Nurse yang tengah round ward tengok aku terjaga sakit. Dia bagitau Dr, Dr buat VE dah bukak 4cm. Mohlah kita ke labour room kata dr. (dr tak cakap camtu pon, dia cakap camni " ok puan, lepas ni kena pergi labour room, jangan lupa bawak pampers anak, kain lampn, baju dan selimut baby) Aku sempat la sms husband cakap nak masuk labour room dah, doakan aku dan baby. Malas nak call takmo dia risau.

2.30 am dr pecah air ketuban. bukaan dah 5 cm. Sakit masih boleh tahan. bila dah 6 cm, nurse bagi seiap-siap dah gas suruh hisap. Sila tekan punat ni kalau nak sedut gas.

Bila dah start 8cm adohai, tuhan je tahu. Sambil mulut berzikir dan sedut gas, dalam hati ya allah ampunkan dosa aku, jangan ambil nyawa aku lagi, kesian dekat anak2 huhuhu. Masa ni serius la, sakit dia macam masa nak bersalinkan amir yusof dulu. Hisap gas pon tak kurangkan rasa sakit, buat mamai ada lah.

Sekali dah tak tahan sangat, aku teran,(masa ni serius mamai sebab asik sedut gas time sakit) keluar kepala baby, boleh dengar suara nurse suruh aku teran, sebab aku terstop teran. Teran kali kedua keluarlah nabihah jam 4.40 pagi. Masa ni terus Tanya nurse, saya dapat anak ape, kiki, nurse kata sekejap yer mak

Nabihah keluar je nurse bersihkan dan terus letak nabihah atas dada aku, (skin to skin). Nah ni awak dapat anak ape, aku cakap anak perempuan ya allah bersyukur sangat (sebab baru lepas sakit kan, insaf kemain)

Kena jahit jugak, tapi tak banyak pon, nurse kata jahit kulit luar je.

Lepas jahit rehat ler kita. Nurse ambik baby ke luar. Aku rasa lemah betul lepas bersalinkan nabihah, tak macam abang-abang dia dulu. Serius kepenatan. Nurse pon takde hulur air ke milo ke. aku baring je. Dah subuh dalam 6 lebih tu dengar suara budak nangis, kuat. Lepas tu nurse datang bawak nabihah, suruh aku susukan. Pandai pulak nabihah menyusu, latch pon ok. Alhamdulillah.

Pukul 7 lebih baru masuk wad balik. Sambung rehat , serius macam flat habis badan. letih. 20/11/2013 dah boleh discaj.

Tu la kisah bersalinkan nabihah. Nabihah pulak kena admitted hospital balik masa hari ke 3 sebab jaundice. Merasalah aku masuk hospital balik dua malam. Stress rupanya. Bukan aku je nangis, mak-mak yang lain pon nangis. Nangis sebab anak kuning, sakit sebab lahir lahir je ada masalah pernafasan, ada yang nangis sebab breast bengkak. Macam-macam lah. Baby memang lah asyik nangis. Tak boleh rehat juga duduk kat situ.

Apapapon Alhamdulillah semuanya sehat dan selamat.

2 comments:

  1. wei tahniah tauuu... aku series x tau hg pregnant dulu.. dah last2 tu baru tau... seronoknya hg dpt gegirl.... keep update blog okay... aku baru update blog aku... sila2 jengah

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ baizah. baca dah blog ko, ko sekali update 2-3 story. Rajin betul ko. aku ni malas kengkadang nak update blog

      Delete